Bintang Popular 2009 Bakal Terjawab Malam Ini.
Sekian lama berteka-teki, jawapan pasti akan ditemui peminat apabila Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2009 berlangsung dari Arena Of Stars, Genting Highlands, jam 9 malam ini. Bersiaran menerusi TV3, edisi ke-23 acara paling dinanti bakal menyaksikan sebutir lagi permata seni dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular.
Tidak seperti edisi terdahulu apabila kemenangan untuk kategori itu agak mudah diramalkan, ABPBH 2009 memperlihatkan persaingan sengit yang memungkinkan kejutan berlaku pada malam kemuncaknya nanti. Berdasarkan graf pencapaian, nama baru seperti Yuna, Aizat, Faizal Tahir, Stacy, Remy Ishak, selain Fizz Fairuz ialah antara segelintir anak seni yang meraih kecemerlangan sepanjang tahun lalu.

Kemenangan pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-23 menerusi lagu Pergi ciptaan Pete Teo secara tidak langsung melonjakkan populariti Aizat. Situasi itu memberinya ruang selesa untuk bertapak selesa dalam Top 10 artis menerima undian tertinggi pembaca Berita Harian/Berita Minggu. Bagaimanapun, kebangkitan penyanyi kecil molek, Stacy juga mampu menidakkan kekuatan Aizat kerana sokongan untuk gadis kelahiran Sabah itu juga luar biasa. Bukan sesuatu yang mustahil kerana gelombang sokongan untuk penyanyi Aku Stacy dan Pakai Buang itu pernah mencetuskan kekalutan apabila namanya tercicir pada pencalonan awal ABPBH 2009.
Energi yang dibawa Faizal Tahir juga mampu menjulang penyanyi Bencinta ini ke puncak populariti kerana dia diakui antara penyanyi lelaki paling digilai peminat sepanjang tahun lalu. Sempat dijamah kontroversi, malah kehilangan sementara gara-gara jatuh sakit tidak sesekali memudarkan populariti penyanyi itu. Faizal terus mengumpul kekuatan pengaruhnya lewat single yang mempamerkan keampuhan bakatnya seperti Bencinta dan terbaru, Selamat Malam.
Usah juga menidakkan potensi dua pelakon yang meraih populariti di luar jangkaan impak daripada drama bersiri popular, Nur Kasih iaitu Remy Ishak dan Fizz Fairuz. Kedua-dua nama ini bersaing rapat untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular, malah turut membolosi Top 10 finalis yang mampu mencipta kejutan sebagai Bintang Paling Popular.

Seandainya peminat mahukan perubahan, senarai nama di atas mampu mencipta kejutan sekali gus melakar sebuah lagi sejarah dalam direktori penganjuran ABPBH. Pun begitu, tiga nama yang pernah mengungguli trofi tertinggi itu iaitu Siti Nurhaliza, Mawi dan Nabil terus meraih kepercayaan peminat yang mahukan mereka terus kekal dalam senarai itu.
Barangkali ABPBH 2009 memungkinkan penyusutan jumlah undian diterima mereka kerana naik turun populariti lumrah dalam perjalanan kehidupan seseorang insan seni. Bagaimanapun, keampuhan pengaruh tiga nama itu masih belum tersirna dan jangan terkejut jika seorang daripada nama popular ini akan kembali diangkat sebagai Bintang Paling Popular.
Mengimbas senarai pencalonan ABPBH 2009, trofi Artis Baru Lelaki Popular memperlihatkan saingan sengit antara Black dan dua bintang Akademi Fantasia 7, Aril dan Akim. Juara Mentor, Black berpotensi menjulang trofi itu berdasarkan permulaan karier nyanyiannya yang memberangsangkan.

Sama seperti Tiz Zaqyah yang mencanak popularitinya impak lakonan keberkesanan lakonannya sebagai Nur Amina dalam drama bersiri, Nur Kasih. Bagaimanapun, keselesaan Tiz sedikit terganggu dengan kehadiran Yuna yang turut memberi cabaran untuk merebut trofi Artis Baru Wanita Popular.
Saingan sengit juga dirasai dalam kategori Penyanyi Duo/Berkumpulan Popular yang menyaksikan nama besar mengungguli senarai.
Potensi untuk meraih kemenangan barangkali berpihak kepada Bunkface serta gandingan Adam dan Stacy. Tetapi bukan sesuatu yang mustahil jika kolaborasi Black dan Meet Uncle Hussain menafikan populariti dua calon pilihan itu.
Untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, saingan sengit disaksikan antara Farid Kamil, Aaron Aziz dan pemenang tahun lalu, Que Haidar. Laluan Farid mungkin cerah kerana limpahan publisiti berterusan yang diterima menerusi lakonannya menerusi V3: Samseng Jalanan, Evolusi KL Drift II dan terbaru, Semerah Cinta Stilleto.
Aaron juga bakal memberikan cabaran, apatah lagi namanya turut berada dalam senarai finalis Pelakon TV Lelaki Popular. Satu kelebihan untuk pelakon popular kelahiran Singapura itu.
Maya Karin dan Liyana Jasmay dijangka berentap hebat untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular. Namun kehadiran Lisa Surihani mampu membawa perubahan. Apatah lagi kebelakangan ini nama Lisa semakin melonjak selepas memberikan persembahan terbaik dalam V3: Samseng Jalanan.
Kontroversi kes saman dengan bekas kekasihnya, Linda Onn memacu nama Fahrin Ahmad dalam senarai Pelakon TV Lelaki Popular.
Namun keselesaan Fahrin digugat populariti yang diraih Remy dan Fizz Fairuz yang mencipta fenomena lewat drama Nur Kasih. Dua nama ini berentap sengit untuk meraih kepercayaan peminat.
Seandainya Tiz Zaqyah diumumkan sebagai pemenang Pelakon TV Wanita Popular, ABPBH 2009 bakal menyaksikan sebuah lagi catatan baru. Tiz dijangka berdepan saingan daripada Rozita Che Wan dan Scha Alyahya.
Antara Nabil dan Aznil, berkemungkinan juga AC Mizal dilihat berpotensi mengungguli kategori Pengacara TV Lelaki Popular.
Kategori wanita, populariti Fara Fauzana masih utuh namun bukan mengejutkan jika Sarimah Ibrahim mampu memintas lewat kemunculannya dalam program realiti popular, Akademi Fantasia 8.
Apa juga keputusan, kemenangan itu adalah manifestasi suara hati pencinta industri hiburan yang diberi hak menjulang artis kesayangan mereka.

No comments:
Post a Comment