Keputusan Undian SMS Parti HIP TV Memuaskan




Debaran sudah pun berakhir dan keputusan untuk anugerah-anugerah telah pun diumumkan pada malam Parti HIP TV yang berlangsung di Kelab Shah Alam pada 25 Mac lalu.
Pada malam yang penuh santai itu, pelbagai gelagat artis dapat dilihat dan tidak ketinggalan juga dengan artis yang datang lambat akibat hujan lebat dan kesesakan lalu lintas.
Malah yang paling tidak masuk akal apabila ada artis yang terlupa untuk menghadiri acara malam itu. Maklumlah Parti HIP TV ini baru pertama kali dianjurkan oleh TV9 dan tidak semeriah dan berprestij seperti anugerah besar yang lain.


Berikut adalah senarai pemenang:
  • Artis Mat Romeo - Jehan Miskin
  • Artis Kiut Miut - Stacy
  • Artis Bibir Seksi - Farawahida
  • Artis Hip (Highly Intelligent Popular) - Fara Fauzana
  • Artis Tak Harap Pada Rupa - Black
  • Artis Melaram - Shila Oiam
  • Artis Hot Mama - Rozita Che Wan
  • Artis Contoh - Datuk Siti Nurhaliza
  • Artis Awet Muda - Rosyam Noor
  • Artis Bikin Panas - Azwan Ali


 

No comments:

Post a Comment