Akibat Telampau Kerap SMS!

LEVITZ memakai pendakap tangan selepas menghantar lebih 100 mesej khidmat pesanan ringkas sehari.
 Berhati-Hati Kalau Anda Kemaruk SMS... Terpaksa dibedah kerana main SMS
CHICAGO - Seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Lincolnshire, Illinois, Amerika Syarikat (AS), Annie Levitz bakal menjalani pembedahan di kedua-dua pergelangan tangannya selepas dia menghantar lebih 100 khidmat pesanan ringkas (SMS) sehari dari telefon bimbitnya, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Levitz yang berusia 16 tahun hilang deria rasa pada kedua-dua tangannya dan dia tidak boleh mengangkat barang-barang tertentu akibat terlampau aktif menghantar SMS.
Dia perlu memakai pendakap tangan dan mendapatkan suntikan penahan sakit.
Doktor menyatakan Annie mengalami sindrom carpal tunnel.
Sindrom itu sering dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.
"Ia (sindrom itu) bermula apabila tangan saya berasa kebas. Saya kemudian cuba mengangkat pinggan tetapi ia jatuh," katanya.
Namun, dia masih perlu menjalani pembedahan bagi memulihkan penyakitnya itu.
Seorang pakar reumatologi, Dr. Sofia Aksentijevich berkata, sindrom itu jarang berlaku pada pesakit muda tetapi ia bukan kes yang unik.


 

Komputer Terawal Di Dunia

ENIAC, salah sebuah komputer terawal, memerlukan keluasan lantai 15,000 kaki persegi dan seberat 30 tan. Walau bagaimanapun, keupayaannya hanya satu pecahan berbanding komputer desktop biasa hari ini.
ENIAC, atau nama penuhnya Electronic Numerical Integrator And Computer, dibina oleh Dr. John W. Mauchley dan J. Presper Eckert, Jr. pada tahun 1946. Pada asalnya ia bertujuan untuk kegunaan sewaktu Perang Dunia Kedua, tetapi oleh kerana ia disiapkan selepas tamat perang, ENIAC tidak pernah digunakan untuk tujuan tersebut.
 

 

Kartunis Malaysia Yang Berbakat Dan Kreatif




Lukisan Tangan Unik Dan Menarik!

 

Bahaya mengadap laptop lama-lama!

Gejala :
  • Rasa kebas, dan parasthesia (seakan-akan terbakar dan bergetar) di ibu jari, telunjuk, dan jari tengah, atau pada beberapa pasien terjadi di telapak tangan.
  • Susah menggenggam dan mengepalkan tangan.
  • Sering menjatuhkan barang
Anda perlulah mula mengambil langkah berjaga-jaga mulai sekarang. Dibawah telah dipaparkan teknik-tekniknya.
  • Berehat secara teratur setiap 15-20 minit dengan menggerakkan pergelangan tangan.
  • Jangan menempatkan keyboard pada posisi lebih tinggi atau lebih rendah daripada siku tangan.
  • Duduklah dengan tegak.
 

Kegunaan Sticker BOGO!

Macam-macam perangai la zaman sekarang nie!



Emilda Rosmila Mengandung

Pelakon, Emelda Rosmila ni adalah seperti umum mengetahui adalah isteri kepada pengkritik dalam Akademi Fantasia 7, Adlin Aman Ramlie. Mereka diijab kabulkan pada bulan 5 pada tahun yang lalu. Dah lama dah usia perkahwinan mereka dah nak hampir setahun. Tapi perkhabaran berita mengenai Emelda berbadan dua masih lagi belum diketahui. Namun gambar terbaru milik Emelda ini dapat meyakinkan 'perkhabaran hangit' yang dirinya berbadan dua. Tidak tahulah kalau baju berkenaan kembung disebabkan angin yang ada disana.