Scha: Jangan Pisahkan Daku Dengan Linda

Tindakan Linda Onn menamakan Scha Al-Yahya di dalam surat peguamnya kepada Fahrin Ahmad beberapa minggu yang lalu, menjelaskan bahawa dakwaan yang dibuat kononnya bekas kekasihnya itu panas baran dan kaki pukul adalah sebagai mengiyakan apa yang dikatakan Scha sebelum ini, mengejutkan ramai. Semua tertanya, bukankah mereka berdua ini rakan karib? Mana mungkin seorang teman yang dikatakan kawan baik sanggup berbuat sedemikian.

Dari awal kes ini, jelas permasalahan yang wujud adalah di antara Fahrin dan Linda. Tidak pernah pun Fahrin mengungkapkan nama Scha. Tetapi tiba-tiba namanya ditimbulkan Linda. Jika kes ini berlanjutan ke mahkamah, Scha terpaksa tampil memberi keterangan.

 “Scha tak tahu dia akan berbuat begitu. Terkejut juga tapi takpe-lah. Scha pun tak boleh komen lebih-lebih. Scha percaya dia mempunyai alasannya sendiri. Masing-masing (Fahrin dan Linda) ada ego, sebab dan kebenaran yang ingin dipertahankan, imej untuk dijaga. Bagi Scha, jika benda ni tak teruk, tidak perlu di panjang-panjangkan cerita.” kata Scha.
 
 “Bila benda ini mula tercetus, dia minta Scha ingatkan satu benda saja, jangan biarkan orang luar merenggangkan hubungan kami. Kami berkawan secara ikhlas, tiada komplot-komplot. Walaupun benda ini berlaku, kami masih berkawan. Linda seorang yang ‘open-minded’, pemikirannya tidak kolot. Takde-nya dia nak bermusuhan sebab perkara ini.” tambah Scha



 

No comments:

Post a Comment