Masih dengan 'Awan Dania' Kali Ini Movie Pulak!!
Berkenaan khabar angin mengatakan dia telah digugurkan daripada drama bersiri popular ‘Awan Dania’ yang sudah pun selesai siaran musim keduanya, Scha sendiri mengakui terkejut bila terdengar berita tersebut. Padahal penggambaran untuk ‘Awan Dania The Movie’ bakal bermula pada bulan Mei.
“Scha pun tak tahu macam mana boleh timbul cerita itu. Mungkin sebab orang tengok syarikat produksi sedang membuat ‘casting’ untuk ‘Awan Dania’, mereka pun ingatkan produksi sedang mencari orang untuk mengambil tempat Scha,” jelasnya yang tidak dapat mengulas lanjut tentang jalan cerita yang akan ditampilkan untuk versi filem drama siaran Astro itu kerana belum lagi menerima skripnya.
Selain filem ‘Awan Dania’, pelakon-pengacara jelita ini juga akan tampil dalam sebuah drama, satu usahasama dengan Carefree yang bertajuk ‘Kita The Series’ bersama Marsha serta telemovie, ‘Prebet Jamilah’ dimana dia akan membawa watak ‘bimbo’.
Melihat pada rezekinya yang tidak putus-putus, nampaknya populariti Scha sedikitpun tidak tergugat biarpun dengan kontroversi yang melanda. Buktinya dalam kejayaan Scha menempatkan diri dalam Top 5 Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2009.
Namun bila ditanyakan peluangnya meraih kejayaan pada malam 4 April nanti, Scha tidak merasakan dirinya yang baru setahun jagung dalam industri mampu menyaingi populariti Fasha Sandha, Rozita Che Wan, Tiz Zaqyah dan Noorkhiriah.
“Tak bolehlah,” katanya sambil ketawa. “Scha tak menaruh harapan. Untuk dicalonkan sudah cukup untuk membuat Scha berasa dihargai. Scha ke sana untuk berseronok dan berkumpul dengan rakan-rakan artis lain.”

"Semoga Berjaya Scha Al Yahya"
No comments:
Post a Comment