Wayne Bridge Temui Kekasih Baru


Bekas pemain Chelsea Wayne Bridge yang kini menyarung jersi Manchester City telah menemui kekasih baru. Berita panas baru-baru ini yang mengatakan kekasih hatinya meniduri rakan baiknya sendiri tidak lagi diambil endah. Kekasih barunya dikatakan lebih "hot".Menurut sumber, Bridge kini berpacaran dengan bekas model majalah Playboy yang kini menjadi bintang siri televisyen realiti, Kim Kardashian.Katanya, Bridge, 29, bertemu dengan model seksi itu di sebuah kelab di Miami. Ketika itu, katanya, Bridge masih bersedih apabila rakan sepasukannya di Chelsea dan England, John Terry, meniduri Vanessa Perroncel. Walaupun masih di peringkat awal, sumber itu berkata, kehadiran Kim jelas menggembirakan Bridge.
Pasangan itu dipertemukan ketika Bridge bersama rakan sekelabnya, Shaun Wright-Phillips dan Micah Richards, bersuka ria di di Nikki Beach Club di Miami baru-baru ini.Kim, 29, baru saja memutuskan hubungannya dengan pemain bola sepak Amerika, Reggie Bush, selepas berpacaran selama tiga tahun.
Satu sumber lain berkata, Kim masih berhubung dengan Bush ketika dia bertemu Bridge.
 Selain menghiasi majalah Playboy, Kim membintangi siri Keeping Up With The Kardashians di Amerika Syarikat.Dia kini menjalankan perniagaan fesyen bersama adik-beradiknya, Khloe dan Kourtney.



 

1 comment:

shaffique said...

pergkh.. biar betul kim kardashian n awek baru dia..


http://belogbagus.blogspot.com/

Post a Comment