Kemenangan Bermakna Buat Liverpool Di Gelanggang Sendiri!

Kejayaan menundukkan Sunderland malam semalam mungkin satu titik semangat untuk Liverpool meneruskan perjuangan memburu tempat ke-4 liga bagi dapat melayakkan diri ke pusingan kalah mati liga juara-juara eropah untuk musim depan. Keputusan 3-0 semalam amat bermakna semua pemain. 2 gol jaringan Fernando Torres pada minit ke-3 dan minit ke-60 sudah cukup membuktikan bahawa dia masih merbahaya. Satu lagi gol dijaringkan oleh Glenn Johnson pada minit ke-32.

Tahniah untuk Liverpool, semoga prestasi pasukan ini akan terus meningkat. Pasukan ini memburu 2 misi yang mesti dicapai. Kejuaran Piala Europa dan Tempat Ke-4 Liga. Semoga pengurus pasukan mereka Rafael Benitez menemui formula yang baik dan bernas untuk mereka. Jika kemengan terus memihak pada Liverpool, tempat ke-4 tiada masalah bagi mereka. Go Liverpool!! Y.N.W.A



 

No comments:

Post a Comment