10 Kos Kerugian Paling Tinggi Kerana Bencana Kemalangan


10)Titanic
Karamnya Titanic mungkin tragedi yang paling famous didunia, Hollywood pernah menghasilkan filem dari kejadian ini. Pada 15 April 1912, Titanic, Kapal yang paling besar dan mewah pernah dibina pada masa itu. Tragedi Titanic melanggar Iceberg semasa membuat trip percutian pertama mengorbankan 1500 hartawan. Kapal ini nelibatkan kos $7Million untuk dibina (US$150Million sekarang)


9)Tanker Truck Vs Bridge
Pada Ogos, 2004 sebuah kereta berlanggar dengan sebuah lori tangki yang membawa 32ribu liter minyak di Whiethel Brigde di German. Lori tangki tersebut merempuh pagar dan terjatuh 90kaki ke bawah Jambatan Authobahn Highway menyebabkan letupan besar yang memusnahkan “load-bearing” jambatan tersebut. Kerja2 sementara untuk membaiki Jambatan ini melibatkan $40Million dan kos menukarkan jambatan $318Million.Menjadikan kos keseluruhan $358 Million


8)Metro-Link Crash
pada september 2008, ianya dicatatkan sebagai kejadian kemalangan keretapi paling buruk di dalm sejarah California, 25 orang terbunuh. Ianya berlaku akibat dari kesilapan Konduktor yang cuai membalas SMS, dan tersalah memasuki laluan semasa pertukaran rail di Stesen California. Tindakakn undang-undang dijangkakan melibatkan nilai lebih $500 Million.


7)B-2 Bomber Crash
B-2 Stealth Bomber. Ianya merupakan Pesawat Pengebom US Airforce paling mahal yang pernah dibina. Kemalangan B-2 bomber berlaku di Guam Airbase pada Februari 2008 sejurus sahaja ianya berlepas. Pasukan penyiasatan membuat kesimpulan, kemalangan ini disebabkan oleh “Flight Computer System” dimana data arahan secara tiba-tiba mengarahkan Pesawat membuat “nose-up move” menyebabkan ianya hilang kawalan dan terjatuh. Ianya melibatkan sebuah B-2 Bomber dari 21 buah yg pernah dibina oleh US. Ia melibatkan kos sebanyak $1.4 Billion.


6)Exxon Valdez

Pada March 1989, Tumpahan lebih 10.8juta gelen minyak di Teluk Prince William yang hanya boleh diakses hanya dengan Bot dan Helikopter. Ianya merupakan tumpahan minyak paling dasyat dalam sejarah dunia moden. Kos pemulihan melibatkan $2.5 Billion yang ditanggung oleh exxon.



5)Piper Alpha Oil Rig
Kebakaran Pelantar Minyak paling buruk pernah terjadi di dunia, pada Julai 1988 kerja-kerja maintenance teknikal oleh Jurutera melibatkan lebih 100 “tiub valve” yang menyalurkan gas cecair, kesilapan terjadi apabila salah seorang Technician terlupa untuk menukar 1 daripadanya. Pada malamnya operasi akan dimulakan seperti biasa, apabila button ditekan satu letupan dasyat yang merekodkan sejarah dunia terjadi. Dalam masa 2 jam keseluruhan pelantar meletup dan terbajkar menyebabkan 167 Pekerja mat. Melibatkan kos sebanyak $3.4 Billion.


4) Challenger Explosion
 Pada Januari 1986 NASA melancarkan Misi Kapal Angkasa Challenger, 73 saat selepas pelancaran ianya meletup di ruang udara. Hasil penyiasatan, ianya berlaku disebabkan faktor teknikal “faulty O-Ring” dimana ianya gagal untuk melindungi satu bahagian penyambungan, menyebabkan tekanan kepada Liquid Gas didalam tangki. Overload pada tekanan gas menyebabkan ianya keluar dan berlaku letupan maha dasyat. kos untuk replacing Space Shuttle tersebut, penyiasatan, pertukaran kelengkapan memakan kos hampir 5.5billion dollars.



3)Prestige Oil Spill
Pada november 2002, Kapal yang dinamakan “The Prestige” membawa 77,000 tan minyak mentah, kejadian bermula apabila 1 daripada 12 tangki nya meletup disambar kilat di perairan Galicia, Spain. Kerisauan jika kapal akan tenggelam menyebabkan kapten meminta pertolongan dari pihak keselamatan Sepanyol untuk membawa kapal tersebut ke Pelabuhan berdekatan, tetapi pihak keselamatan tidak menghiraukan pertolongan dari Kapten kapal The Prestige malah mengarahkan kapal itu keluar dari perairan mereka. Kapten memohon pertolongan dari pihak keselamatan Perancis dan Portugal perkara sama juga terjadi. Laut semakin bergelora dan kapal Prestige itu tidak dapat diselamatkan ianya tengelam ditelan laut menyebabkan 20juta gelen minyak mentah ditumpahkan ke lautan. Kos keseluruhan pemulihan sehingga kini masih dihitung!!!!! Kos melibatkan $12 Billion


2)Space Shuttle Columbia
Masih anda ingat dengan kemalangan Kapal Angkasa Columbia? Ianya musnah ketika memasuki ruang udara bumi selepas melakukan ekspedisi angkasa di ISS pada Februari 2003, hasil penyiasatan menunjukkan kerosakan kecil di bahagian pelindung haba di sayap kiri Columbia menyebabkan ianya gagal menahan kesan suhu tinggi ketika memasuki ruang udara Texas akibat kelajuan yang terlampau tinggi. Kos membina Kpaal Columbia memakan jumlah $2bilion pada 1978($6.3bilion jumlah kini). $500 juta dibhabiskan utk tujuan penyiasatan mencatatkan sejarah sebagai kos penyiasatan paling tinggi didunia.Ini pula melibatkan kos sebanyak $13 Billion


1)Chernobyl 
Pada April 1986 terjadi malapetaka paling buruk di dalam sejarah dunia moden. Letupan Reaktor Nuklear Chernobyl, Ianya kemalangan paling berkos tinggi di dunia. 50% kawasan Ukraine di Barat Russia terpaksa dikosongkan lebih 1.7juta manusia mendapat kesan dari malapetaka ini, termasuklah mereka yang mendapat efek seperti kanser disebabkan radiasi beberapa tahun kemudian, dianggarkan 125,000 orang. Letupanya dianggarkan 400kali lebih dasyat dari bom yang dijatuhkan di Hiroshima pada WW2. kemalangan di Chernobyl ini, meyebabkan prosedur dan standard keselamatan melibatkan Reaktor seluruh dunia dirombak dan diberi kajian semula.Bencana ini menelan belanja paling tinggi iaitu sebanyak $200 Billion



 

4 comments:

Lucy S. said...

lepas ni elak kemalangan, kite naik keta lembu jela :))

saya_arief said...

wooo..nice info..ade yang xtaw pown sbelum nih.

mazru said...

i like

d said...

nice info! sbb bls msg da mengakibtkn beratus2 nyawa t'korban~

Post a Comment